Saturday, July 25, 2009

Perpaduan Bangsa Melayu di Mertabatkan

Wahai Saudara-saudara ku sesama Islam sekelian,
Bacalah dan renunglah dengan hati yang luhur dan jiwa yang suci, bukan dengan hati yang emosional dan kepartian yang membenci, sebuah artikel yang dipetik dari Salafi yang dirasakan merongkai kekusutan sebuah bangsa.
Bangsa Melayu di tanah air dan Negara Malaysia yang bertuah ini.
Syabas !!! dan terima kasih diucapkan kepada Salafi dan Dr.MAZA di atas artikel ini diterbitkan.

Salafi sangat tertarik dengan artikel yang di tulis oleh Dr.MAZA bekas mufti kerajaan negeri Perlis, yang disiarkan dalam blognya bertarikh 14 Jun, 2009, kata beliau:Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya.
Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda:“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya.

Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.Salafi melihat scenario yang berlaku, kenapa parti pembangkang sanggup berpadu dengan DAP yang dah terang lagi bersuluh menolak idea Negara Ialam dan hudud masih belum membuka mata PAS dan ahli-ahli PAS sendiri.Bukankah mereka kafir harbi? Wajib diperangi.
Tetapi kenapa menolak perpaduan dengan parti yang mempunyai hasrat yang sama untuk mendaulatkan Islam itu sendiri. Rasulullah saw sendiri sanggup berpadu dengan kabilah-kabilah Yahudi di Madinah dengan memetrai perjanjian Hudaibiyyah, yang mana perjanjian ini kalau dilihat secara zohir lebih menguntungkan golongan Kuffar, kenapa mereka tidak mahu sebuah kerajaan perpaduan denganmemetrai sebuah perjanjian yang boleh menguntungkan sesama mereka, orang melayu dan orang Islam.
Menurut Dr.Maza lagi: Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari).Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr).Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan.
Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan PAS dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut:“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan PAS berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama muslim. Firman Allah: (maksudnya)“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?.
Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri.Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak…(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Salafi mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Dr Maza suatu masa dulu bertajuk “Merungkai perselisihan sahabat”, jelas bahawa golongan pemberontak telah menyusup masuk ke dalam barisan tentera Aisyah dan tentera Ali, seterusnya melaga-lagakan mereka sehingga terjadi peperangan dikalangan umat Islam yang pada asalnya mahukan perpaduan. Golongan pemberontak inilah yang berjaya menjalankan agenda Abdullah bin Saba`.

Salafi berpendapat, rakyat telah mulai sedar siapakah yang sebenarnya yang anti perpaduan. Bayangkan jika UMNO berjaya merealisasikan perpaduan dengan PAS ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kegawatan perpecahan yang sedang melanda orang melayu islam bahkan masyarakat Malaysia amnya. Perpaduan ini bukan bermakna meleburkan prinsip masing-masing.

Ataukah kerana DAP dan PKR bimbang apabila kerajaan perpaduan menjadi realiti, segala penyelewengan BA akan ditelanjangkan? Atau takut hilang beberapa kepentingan diri, pengaruh, sokongan dan sebagainya...?

Nik Aziz pernah menyebut dlm satu ceramahnya (lama dulu),jika Malaysia istihar negara islam, puak-puak kita jadi Gurkha pun takpa.....
Tapi, hari ini......kenapa takut mengotakan janji.

Wallau`alam

Sunday, July 19, 2009

Akhil Hayy dan Maizawati Bercerai Talak Satu




IPOH: Penyanyi nasyid dan pendakwah bebas, Akhil Hayy sah menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pukul 11.55 pagi 15 Julai 2009. Akhil, 40, menceraikan Maizawati,33 dalam nada tenang selepas bersalaman memohon maaf.

KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal berakhir dengan penceraian. Keputusan itu disahkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd. Ridhuan Yusof.
Awangliku :-
Ini lah dia perangai Akhil Hayy, penyanyi rock, masuk aje PAS terus di puji dan di beri title
Al fadhil Ustaz Akhil Hayy, sebenarnya bukan pendakwah bebas tetapi Penceramah PAS, duk kutuk kerajaan BN merata ceruk rantau di bawa oleh PAS dan penyokong-penyokong PAS menyahut dengan Allahu Akhbar..., sepatutnya RTM, TV swasta atau mana-mana siaran Radio ambil tindakan gum terus apa saja rancangan beliau selagi beliau terlibat dengan parti PAS, beliau bukannya hendak membentuk perpaduan ummah tetapi seperti anai-anai jadi pertualang kepada kerajaan BN,bangsa dan negara. Kalau dia betul-betul pendakwah yang mulia, dia tak kan kutuk kerajaan yang dia naungi. Inilah akibat kerajaan BN terlalu baik
sampai orang seperti ini tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan. Saya benci kepada orang seperti ini.

Friday, July 17, 2009

PAS akan lakukan post-morten - Dato' Halim

Mohd Nor Yahya Wed Jul 15, 09 12:05:11 am MYTKUALA KRAI, 15 Julai (Harakah) - PAS akan membuat post mortem dalam masa terdekat ekoran kemerosotan ketara undi diperolehi pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai semalam.

Riezan-Awangliku :-
Wahai PAS, nak buat post-morten apa lagi, dah menang nyawa-nyawa ikan 65 undi, kalau post-morten pun tak kan jadi 6,500 undi. Undi PAS dah merosotlah tu, bermakna orang dah tak suka dengan PAS lah tu kerana penipu dan busuk hati, tuduh dan fitnah kat orang macam-macam dengan PELIWAT boleh berkawan baik pulak, kitab mana yang di pakai tak tahu lah.

Tuesday, July 14, 2009

Pas tiada hak tuntut janji - TPM

Wahai PAS, awak dah menang dengan majoriti nyawa-nyawa ikan, jangan pandai-pandai nak tuntut janji nanti. TPM atau BN berjanji dengan masyarakat tempatan di kawasan tertentu yang menjadi pengundi disitu, sekiranya mereka mahukan perubahan pembangunan bagilah kemenangan kepada BN supaya BN boleh bertanggungjawab melakukan perubahan pembangunan disitu, jika kalah tiada lah tanggungjawab BN di DUN itu.
Sekarang PAS yang menang, kerja lah sendiri YB.wakil rakyat baru tu untuk perubahan pembangunan di DUN tu, dah kata masa berkempen baru-baru ni, calon yang bagus dapat memberi perubahan kepada rakyat dan sebagainya yang bagus-bagus aje.
Elok dah tu, calonnya Penjual Ikan dan menang pun Nyawa-Nyawa Ikan.

Monday, July 13, 2009

Peserta Asing Puji Malaysia Aman

Sebahagian daripada 200,000 orang jemaah Tabligh dari seluruh dunia
beredar meninggalkan tempat perkhemahan Ijtimak Dakwah Tabligh
di bandar Enstak, Nilai, Negeri Sembilan setelah perhimpunan berakhir semalam.
Mereka gembira berada di negara ini kerana dapat menunaikan ibadat aman tanpa sekatan.


Itulah dia orang yang bersyukur dan berfikiran terbuka, negara ini memang sebuah Negara Islam yang menjadi contoh di dunia ini tetapi pihak pembangkang tetap tidak mengakuinya dan di kutuknya negara sendiri. Orang apa ni, tanah tempat dia lahir, membesar dengan aman hasil perjuangan nenek moyang kita dulu dalam UMNO sehingga ke generasi hari ini. Wahai saudara-saudara ku sedarlah, jangan duk kutuk kerajaan sangat, mari bersama kita bangunkan bersama tanah air yang kita cintai ini.

Saturday, July 11, 2009

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Terengganu pulang ke Rahmatullah


Alfatihah kepada Naib Ketua Peregerakan Pemuda UMNO Hulu Terengganu - Mohd Nasir bin Muda berusia 38 tahun yang juga Pegawai JASA DUN Telemong (dalam gambar kanan sekali) yang telah meninggal dunia pada kira-kira pukul 6 pagi hari Rabu lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu akibat di serang penyakit Denggi Berdarah.

Pastinya pemergian arwah amat dirasakan semua khususnya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu, apatah lagi beliau adalah individu nombor dua dalam Pemuda Hulu Terengganu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh hendaknya.

Friday, July 10, 2009

Ceramah PKR dicemari kekecohan

KUALA LUMPUR - Ceramah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan bertujuan memberi penerangan berkaitan kes liwatnya malam kelmarin, bertukar kecoh apabila penyokong yang mendakwa mereka ahli PKR Ampang berperang mulut dengan ahli PKR lain.
Kumpulan seramai 50 orang itu yang menjerit ‘Kita Mahukan Hak’ sambil membawa sepanduk ‘Kita Mahukan Perubahan’ itu menjadikan suasana hangat apabila mereka tidak sabar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Anwar sebaik beliau selesai menyampaikan ceramah.
Suasana kecoh itu, bagaimanapun berjaya dikawal apabila kumpulan itu akur permintaan penyokong Anwar yang lain supaya mereka bergerak dalam keadaan teratur supaya keadaan kecoh tidak berlarutan.

Itu lah dah kecoh sama sendiri, Anwar nak terang apa lagi, dulu kes Anwar liwat juga, ini kes liwat lagi, kalau tak betul tak kan lah kes berulang kali, berapa kali liwat daa... berani buat berani tanggung lah, nampak benar dia bersalah, nak terang situ nak terang sini, nak menegak benang basah.
Kalau tak bersalah nak takut apa serah saja lah kepada mahkamah mengadilkannya, berani kerana benar takut kerana salah. Ini tidak, tuduh mahkamah tak betul lah, orang itu, orang ini tak betul, dia aje yang betul, pengikutnya pulak pakai percaya pada Anwar aje tanpa berfikir dan selidik betul-betul sanggup bersubahah dengan perbuatan Anwar yang dikutuk oleh Allah itu. Cuba lah kita renung betul-betul wahai saudara-saudara ku sekelian.