Sunday, July 19, 2009

Akhil Hayy dan Maizawati Bercerai Talak Satu




IPOH: Penyanyi nasyid dan pendakwah bebas, Akhil Hayy sah menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pukul 11.55 pagi 15 Julai 2009. Akhil, 40, menceraikan Maizawati,33 dalam nada tenang selepas bersalaman memohon maaf.

KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal berakhir dengan penceraian. Keputusan itu disahkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd. Ridhuan Yusof.
Awangliku :-
Ini lah dia perangai Akhil Hayy, penyanyi rock, masuk aje PAS terus di puji dan di beri title
Al fadhil Ustaz Akhil Hayy, sebenarnya bukan pendakwah bebas tetapi Penceramah PAS, duk kutuk kerajaan BN merata ceruk rantau di bawa oleh PAS dan penyokong-penyokong PAS menyahut dengan Allahu Akhbar..., sepatutnya RTM, TV swasta atau mana-mana siaran Radio ambil tindakan gum terus apa saja rancangan beliau selagi beliau terlibat dengan parti PAS, beliau bukannya hendak membentuk perpaduan ummah tetapi seperti anai-anai jadi pertualang kepada kerajaan BN,bangsa dan negara. Kalau dia betul-betul pendakwah yang mulia, dia tak kan kutuk kerajaan yang dia naungi. Inilah akibat kerajaan BN terlalu baik
sampai orang seperti ini tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan. Saya benci kepada orang seperti ini.

12 comments:

  1. inilah orang agama..sepatutnya menjadi contoh kepada kita..tapi sebaliknya jadi pula

    ReplyDelete
  2. ehm....:)agak2 la apa yang boleh pas buat?demostrasi?kuasa terletak di bawah kerajaan be-end..menaikkan harga sesuatu memang dah menjadi budaya kerajaan be-end sehingga tidak ader ape lagi yang mampu dilakukan oleh kami pakatan rakyat...

    anak bini hamba dapat makan minum kerna rezeki kurnia allah s.w.t bukannya kerana diperintah oleh be-end..be-end hanya menjadikan hidup di bumi malaysia ini menjadi lebih sukar dari sepatutnye:(...

    allah s.w.t memang menyuruh hambanya bersyukur tetapi bukanlah dengan hanya berpuas hati di atas segala tindak tanduk pemerintahnya yang zalim dan tidak adil.allah s.w.t meyuruh kita taat akan pemerintah yangv mendaulatkan agama islam dan adil dalam memerintah..manakala pemerintah yg menolak hukum allah dan zalim wajib ditentang..

    mungkin saudara masih mampu tersenyum bila mana tambang pengankutan awam dinaikkan kerana saudara mungkin di kalangan orang yang dianugerahkan oleh allah s.w.t kemudahan pengangkutan sendiri..tapi bagaimana pula dengan saudara kita yang tidak berkemampuan..tidakkah ianya membenbankan..

    bila mana kita di berikan kesenangan jangan la pula kita lupa akan orang yang tidak berupaya...kita sudah tentu tidak suka jika mereka yang tidak berkeupayaan ini hidup meminta-minta..justeru itu bantulah mereka hidup dengan mengurangkan beban yang ditanggung..bukan dengan menaikkan segala macam harga barang dan pengangkutan...

    terima kasih kepada saudaraku awang liku yang sudi menjengah blog hamba..moga-moga kita sama-sama beroleh pertunjuk yang sebenar-benar pertunjuk dari allah s.w.t...amin

    (berkaitan dengan ustaz akhil havy..ini adalah ketentuan dari allah s.w.t bila mana jodohnya hanya setakat itu sahaja..kita hanya boleh berdoa agar jodoh kita dan isteri kekal hingga ke akhir hayat..mengutuk dan mengata hanya bila mana orang yang makan cili terasa..kadang-kala kebenaran memang sukar untuk diterima lebih-lebih lagi jika ianya merentangi nafsu kita...jika kata-kata ustaz akhil salah biar allah membalasnya..akan tetapi jika benar apa yang dikata oleh ustaz akhil..maka renung-renunglah nasib kita di kemudian hari...wasalam..

    ReplyDelete
  3. Bukan dia sorang je macam tu.... Ramai lagi Ustaz - Ustaz PAS yang kawin ramai tapi tak tau jaga bini. Berbiniiiiiiii je dia org tau.

    Klau berceramah bukan main lagi,.....akulah orang je, tapi kat rumah tunggang langgang.

    Hati - hati lah rakyat jangan percaya orang PAS ni, semuanya berselindung di sebalik agama, tunjk baik konon, tapi perangai dan nafsu macam anjing tepi jalan.

    ReplyDelete
  4. Ust PAS Kawin ramai tuh sah,halal tapi yang pemimpin ameno main belasah je tuh kira cam mana pulak?

    Najib tuh dulu kena tangkap basah kat PD dengan ZZ kira cam mama?

    Janganlah nampak sebelah mata je,pikir pakai otak bukan pakai lutut.

    ReplyDelete
  5. Tak sangka aku awangliku nih rupanya otak bodoo nak mampus,ko ingat semua media tuh ameno punya ke?banggang betul berok pencacai ameno nih.

    ReplyDelete
  6. yang najib ngan ziana zin tun halal dan diakui oleh ustaz musang berjanggut umno..satu dua kes kegagalan rumahtangga dalam pas tak boleh nak dibandingkan dengan kes-kes salah laku seks dikalangan pimpinan umno...

    kes isteri mecurangi suami,kes suami curang akan isteri sangat berleluasa dalam umno...ini kerana mereka merasekan agama bukan halangan bagi mereka melakukan ape yang mereka suka..

    benar pas menjadikan agama sebagai 'alat'..dan sememangnye islam mengalakkan penganutnye menjadikan agama sebagai 'alat' panduan hidup..kerna hanya islam yang mampu memjamin keselamatan manusia dunia dan akhirat...
    kepada ratuayu saye amat faham mengapa awak begitu emosi..ialah,di kala usia semakin lanjut dan menanti hari menamatkan keahlian sebagai ahli puteri umno anda mungkin masih ternanti nanti pinangan dari seorang lelaki..

    menanti hari demi hari akan tetapi pinangan tak juga muncul muncul..bersabarlah ratuayu..jodoh allah tak kemana..berdoalah moga-moga dipertemukan segera dengan lelaki yang budiman dan beriman(tapi kalau nak yang beriman kena cari pemuda pas la)...

    akhir kata dari saye semoga kita semua beroleh pertunjuk yang sebenar benar pertunjuk dari allah yang maha kuasa

    ReplyDelete
  7. semuga ratu ayu bertemu jodoh dengan ust PAS dan akan membawa ratu ayu ke jalan kebenaran.

    ReplyDelete
  8. Salam Pembela,
    Kalau berkata-kata biar ada pekertinya, kan Pembela orang Islam malulah sikit, sabar separuh daripada iman, PAS tu kan Islam katanya, saya rasa PAS tak ajar Pembela begitu, Iman di dalam hati kita, mulialah kita berkata-kata dan dapatlah di contohi orang apa yang kita nak bela.
    Alhamdulillah.... apa yang Pembela ucap kat saya, terima kasih, semoga Allah merahmati kita.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. MAAFKAN SAHABAT KITA SAUDARA AWANHLIKU DI ATAS SEDIKIT KEKASARAN BELIAU DALAM BERKATA-KATA..MANUSIA TIDAK PERNAH LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN NAMUN AGAK TIDAK ADIL BILA MENYAMAKAN ATAU MENGAITKAN PAS DI ATAS KETERLANJURAN SAHABAT KITA INI...

    ISLAM ADALAH SESEMPURNA AGAMA DI ATAS MUKA BUMIN INI..SAYA PERCAYA DAN AMAT YAKIN SAUDARAKU AWANGLIKU BERSETUJU DENGAN PENYATAAN SAYA INI..NAMUN BEGITU MASIH ADA DI KALANGAN PENGANUT AGAMA ISLAM YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN..DAN ADAKAH SAUDARAKU AWANGLIKU HENDAK MENGATAKAN BAHAWA ISLAM TIDAK MEENGAJAR UMATNYE MENJADI BAIK?


    JANGAN KERANA MARAHKAN NYAMUK KELAMBU PULA HENDAK DIBAKAR..SAUDARA KITA PEMBELA SEKADAR MELUAHKAN RASE KECEWA BELIAU DI ATAS SEGALA KETIKADILAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG UMNO KEPADA KAMI...

    MUNGKIN SAUDARA AKAN MENANYAKAN MENGAPA HAMBA BERKATA UMNO MELAKUKAN KETIDAK ADILAN KEPADA KAMI...SAYA TIDAK AKAN MENJAWAP SOALAN INI KERANA SAYA AMAT PERCAYA SAUDARA MAMPU MELIHAT SENDIRI APA YANG TELAH UMNO LAKUKAN KEPADA KAMI PAKATAN RAKYAT DAN JUGA RAKYAT MALAYSIA..

    (P/S=KEPADA SAUDARA KU PEMBELA..BOLEH TAK JEMPUT SAYE KE BLOG SAUDARA KERANA SAYA TAK DAPAT MASUK KE BLOG SAUDARA)

    ReplyDelete
  10. Salam Jebat saudaraku,
    Terima kasih di atas keprihatanan dan kesusilaan tuan, kita semua bersaudara, satu bangsa dan sesama Islam. Kita sama-samalah berdoa semoga Allah merahmati kita semua, walaupun kita berbeza pandapat kepartian janganlah kita lupa akan budi pekerti kita dan persaudaraan kita, sekali lagi kita berdoa untuk kesejahteraan bangsa melayu dan negara kita yang di cintai ini.
    Terima kasih sekali lagi sahabatku jebat.

    ReplyDelete
  11. Tau pulak ungkit Islam,tapi peragai ko sendiri memang nampak cam tak dak Islam,ikut sedap ko je kutuk ulama,ko tuh apa tahap?

    Otak pencacai macam ko nih memang tak boleh dibagi muka.

    Memang otak pencacai nih nampak salah orang je,salah sendiri lipat simpan dalam kain.Ko nak komen aku ko leh komen,tapi jangan senang-senang nak persendakan Ulama kerana Ulama pewaris para Ambiya',kalau ko tau apa maksud Ambiya ko akan reti apa itu Ulama.

    Kalau dah reti apa itu Ulama,agak2 skit nok komen.

    ReplyDelete
  12. saudaraku awangliku...biar pon saye ini berbangsa melayu akan tetapi saye merase sedikit kurang selesa bilamana saudara menyarankan gar berdoa untuk kesejahteraan bangsa melayu..mengapa bangsa melayu?mengapa tidak penganut agama islam..?

    apakah kita hendak mengenepikan agama islam sebagai keutamaan kita..saya sangat tidak bersetuju..sejujurnya saya tidak kisah apa saja kaum yang memerintah bumi malaysia asalkan ia mendaulatkan islam dan berlaku adil kepada semua kaum..

    islam tidak mengajar kita bersifat perkauman malah islam menegah kita dari bersikap sedemikian...islam adalah agama untuk semua bangsa tanpa mengira miskin dan kaya,tua dan muda...

    patutlah saudara meninggalkan pas kalau inilah cara saudara berfikiran(maafkan saya jika tersinggung)mungkin saya sangat muda dan mungkin bertaraf anak dengan saudara awangliku..tapi usia menjadikan kita benar-benar faham akan sesuatu...

    kita biasa mendengar..jangan melihat pada kuantiti,tapi lihatlah pade kualiti..

    saudara awangliku..dikala kita tidak mengetahui bila masenye kita akan kembali menemuinya..ada baiknya kita mempersiapkan diri dengan bekalan untuk hari akhirat..

    kembalilah pada landasan perjuangan yang benar dan jangan jadikan individu tertentu punca kita terkeluar dari landasan kebenaran...

    ReplyDelete