Saturday, July 25, 2009

Perpaduan Bangsa Melayu di Mertabatkan

Wahai Saudara-saudara ku sesama Islam sekelian,
Bacalah dan renunglah dengan hati yang luhur dan jiwa yang suci, bukan dengan hati yang emosional dan kepartian yang membenci, sebuah artikel yang dipetik dari Salafi yang dirasakan merongkai kekusutan sebuah bangsa.
Bangsa Melayu di tanah air dan Negara Malaysia yang bertuah ini.
Syabas !!! dan terima kasih diucapkan kepada Salafi dan Dr.MAZA di atas artikel ini diterbitkan.

Salafi sangat tertarik dengan artikel yang di tulis oleh Dr.MAZA bekas mufti kerajaan negeri Perlis, yang disiarkan dalam blognya bertarikh 14 Jun, 2009, kata beliau:Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya.
Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda:“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya.

Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.Salafi melihat scenario yang berlaku, kenapa parti pembangkang sanggup berpadu dengan DAP yang dah terang lagi bersuluh menolak idea Negara Ialam dan hudud masih belum membuka mata PAS dan ahli-ahli PAS sendiri.Bukankah mereka kafir harbi? Wajib diperangi.
Tetapi kenapa menolak perpaduan dengan parti yang mempunyai hasrat yang sama untuk mendaulatkan Islam itu sendiri. Rasulullah saw sendiri sanggup berpadu dengan kabilah-kabilah Yahudi di Madinah dengan memetrai perjanjian Hudaibiyyah, yang mana perjanjian ini kalau dilihat secara zohir lebih menguntungkan golongan Kuffar, kenapa mereka tidak mahu sebuah kerajaan perpaduan denganmemetrai sebuah perjanjian yang boleh menguntungkan sesama mereka, orang melayu dan orang Islam.
Menurut Dr.Maza lagi: Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari).Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr).Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan.
Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan PAS dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut:“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan PAS berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama muslim. Firman Allah: (maksudnya)“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?.
Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri.Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak…(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Salafi mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Dr Maza suatu masa dulu bertajuk “Merungkai perselisihan sahabat”, jelas bahawa golongan pemberontak telah menyusup masuk ke dalam barisan tentera Aisyah dan tentera Ali, seterusnya melaga-lagakan mereka sehingga terjadi peperangan dikalangan umat Islam yang pada asalnya mahukan perpaduan. Golongan pemberontak inilah yang berjaya menjalankan agenda Abdullah bin Saba`.

Salafi berpendapat, rakyat telah mulai sedar siapakah yang sebenarnya yang anti perpaduan. Bayangkan jika UMNO berjaya merealisasikan perpaduan dengan PAS ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kegawatan perpecahan yang sedang melanda orang melayu islam bahkan masyarakat Malaysia amnya. Perpaduan ini bukan bermakna meleburkan prinsip masing-masing.

Ataukah kerana DAP dan PKR bimbang apabila kerajaan perpaduan menjadi realiti, segala penyelewengan BA akan ditelanjangkan? Atau takut hilang beberapa kepentingan diri, pengaruh, sokongan dan sebagainya...?

Nik Aziz pernah menyebut dlm satu ceramahnya (lama dulu),jika Malaysia istihar negara islam, puak-puak kita jadi Gurkha pun takpa.....
Tapi, hari ini......kenapa takut mengotakan janji.

Wallau`alam

13 comments:

  1. Islam tidak pernah mengajar umatnya memperjuangkan bangsa kerana sekiranya memperjuangkan bangsa tentu sahaja Nabi SAW tidak perlu berhijrah ke madinah.

    Tetapi kenapa perlunya Nabi SAW berhijrah ke Madinah?Di makkah kebanyakkannya kaum Quraisy,sebangsa dengan Nabi SAW,bahkan Abu Lahab adalah bapa saudara Nabi SAW yang paling gembira menyambut kelahiran Nabi SAW.

    Pikir2 lah,cukuplah menghentam PAS.35 tahun dalam PAS aku tak nampak ko nih faham Islam.Kalau asas Islam pun ko tak faham,maka tak hairanlah bagi aku 35 tahun ko dalam PAS hanyalah retorik.

    Beriman kepada Islam tidak semestinya lama,ada yang beriman hari ini,tanpa mengerjakan ibadat pun boleh masuk syurga,tengok sahaja umat Nabi Musa iaitu ahli-ahli sihir upahan firaun.Bila mereka beriman sahaja kepada ALLAH dan dibunuh oleh firaun laknatullah,mereka terus menjadi ahli syurga.

    35 tahun hanya angka yang tidak mampu memberikan kefahaman kepada ko tentang Islam.

    Ko belum tau membezakan bekas yang bersih dan bekas yang kotor.

    Beralih dari baik kepada yang buruk bukanlah hijrah tetapi adalah perbuatan khianat dan munafik.

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan saudara pembela..
    nabi cukup benci orang yang memperjuangankan asobiah..

    kalau nabi juga bersikap perkauman seperti saudaraku awangliku..rase-rasenye kita tidak akan hidup dengan menganut agama islam..pikir pikirkan la....

    ReplyDelete
  3. Slam tn-tn,
    Jangan terlalu emosional, relaks-relaks, kan sabar itu separuh dari iman, agama bukan kaum, ianya global, agama itu nasihat, jangan rase kita aje Islam, orang lain tak betul, tak Islam, kelompok yang kita suka aje Islam.Tak payahlah nak kata kat orang, pengalaman hidup saya mengajar segalanya, saya hanya nak berkongsi prengalaman sekiranya tn-tn, nak terima kalau tak nak, terima kasih dan Alhamdulillah.... segala Puji Bagi Allah.
    Wallau'alam

    ReplyDelete
  4. kalau tak kata kat orang nak kata kat sape?kat lembu ke?

    Tulis boleh je apa nak tulis,tapi bersedia untuk berlapang dada,sepatutnya bersedia menerima teguran dan pandangan.

    Inilah satu contoh sikap jumud yang ada pada puak pencacai ameno nih,tidak pernah nampak kepada kebaikkan tetapi selalu nampak pada keburukan.

    Ameno jelas TIDAK ISLAM sebab dasar perjuangan ameno tuh sendiri adalah KEBANGSAAN (assabiyah) - tuh beza bekas bersih dengan bekas kotor.

    ko yang sibuk membela ameno yang memang jelas BUKAN ISLAM dari segi dasarnya sepatutnya lebih jelas didalam hal ni.

    ReplyDelete
  5. YANG ISLAM JELAS DAN YANG MENENTANG ISLAM SUDAH JELAS...KITA DIANUGERAHKAN ALLAH S.W.T AKAL FIKIRAN UNTUK MENILAI DENGAN BAIK AKAN SESUATU PEKARA...

    MUNGKIN KEBENARAN ITU PEDIH UNTUK KITA TERIMA..LEBIH-LEBIH LAGI BILAMANA IANYA MELINTANGI NAFSU KITA...TETAPI KITA TIDAK HANYA HIDUP DAN MATI TANPA MMENERIMA APA-APA PEMBALASAN DI ATAS PERKARA YANG KITA LAKUKAN...

    KITA TELAH DIJANJIKAN ALLAH S.W.T SURGA DAN NERAKA..BAGI YANG MENTAATI PERINTAH ALLAH MAKA SURGA ADALAH GANJARAN BAGINYA BEGITU PULALAH BAGI YANG ENGKAR PADA SURUHAN DAN LARANGAN ALLAH MAKA NERAKA TEMPAT YANG SELAYAKNYA...

    SAYA SANGAT PASTI SAUDARA AWANGLIKU SEDAR DAN TAHU AKAN PERKARA INI..SAMA-SAMALAH KITA INGAT-MENGINGATI..

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Terima kasih Pembela dan Jebat yang selalu masuk ke dalam Blog saya, itu dah kira kejayaan bagi saya tuan-tuan adalah pengkritik terbaik.

    ReplyDelete
  7. Awang Liku,
    Jangan layan sangat Jebat Tak Berani tu.... dia bolehlah tunjuk dia bagus untuk komen orang. Tapi habuk pun tak ada. Tulisan dia pun tak ilmiah, serupa budah tabika satu je, budah darjah satu pun pandai menilai yan mana baik dan tak baik.

    Orang macam ni..... sekolahnya tak tinggi, pandai tulis, buka blog dan tutup blog... lansung tak isi untuk ebaikkan.

    Sudahlah jangan dilayan sgt.... banyak kerja lain yang perlu kita buat. Kalau dilayan kita adi macam dia jugak nanti.... senget.

    ReplyDelete
  8. Begitulah gambaran sikap pencacai tak de otak cam ratuayu.

    Jenis pencacai cam ratuayu nih kita boleh kategorikan sebagai pencacai tahap low klas yang bukan sahaja buta hati dan perasaan,bahkah jiwanya sebenarnya telah mati.

    Taraf awang liku lebih tinggi dari ratuayu,kerana walaupun menyertai puak pencacai,namun jiwa awang liku masih lagi ada rohnya.

    Buat ratuayu,walau pun ayu tetapi tiada nilainya,tiada ertinya andai berada didalam lembah yang hina,yang penuh dengan kekotoran.

    Nilai ayu akan lebih mulia andainya mempunyai pekerti yang mulia.

    ReplyDelete
  9. TERIMA KASIH BUAT RATUAYU DI ATAS PERNILAIAN YANG ANDA BERIKAN..HAMBA AKUI HAMBA ADALAH INSAN YANG LEMAH DAN SERBA KEKURANGAN..HAMBA MASIH MEMCARI KEREDHAAN DAN PERTUNJUK DI BUMI CIPTAAN ALLAH S.W.T INI..

    HAMBA TIDAK DAMBAKAN PUJIAN MAHUPUN GANJARAN DI ATAS APA YANG HAMBA SUARAKAN...SEKADAR MENJALANKAN TANGGUNGJAWAP SESAMA MANUSIA SEBAGAIMANA YANG TELAH DIPERTANGGUNGKJAWAPKAN OLEH ALLAH S.W.T TERHADAP HAMBANYA...

    SAUDARI RATUAYU NYATA EMOSI DALAM MENYAMPAIKAN HUJAH DAN JUGA KRITIKAN..MUNGKIN SALAH SAYA KERANA DALAM ULASAN SAYA SEBELUN INI CUBA BERGURAU SENDA DENGAN RATUAYU MENYEBABKAN SAUDARI BEGITU MARAH DENGAN HAMBA...

    JIKA TULISAN HAMBA BANYAK KEKURANGAN HAMBA MEMOHON KEPADA RATUAYU DAN JUGA SESIAPA MEMBERIKAN TEGURAN..ITULAH GUNANYA KITA SESAMA MANUSIA HIDUP SALING TEGUR MENEGUR..

    ReplyDelete
  10. Tak payah la ko nak minta tunjuk ajar dari manusia sesat cam ratuayu yang tak ayu sebab duduk dalam longkang tuh.

    Manusia pencacai murahan cam ratuayu tuh hanya layak dibuat tempat lapik kaki masa berak je.

    Tulisan ko pun kira dah ok aku tengok JB,sebagai orang yang baru nak menapak dalam dunia penulisan,jauh lebih baik dari ratuayu yang tak ayu tuh.Tulisan pencacai cam ratuayu tuh aku tengok pun cam hampeh je,tak de nilai langsung.

    ReplyDelete
  11. Orang PAS perasan dia dapat masuk syurga mudah hanya kerana dia jadi orang pas...dia org ingat syurga tu utk dia orang je...sbb tu Nik aziz kata orang umno tak masuk syurga...ini conto betapa sesatnya orang PAS soal syurga neraka dia nak tentukan...sedarlah orang PAS sudah berapa ramai orang PAS yang mati tanpa sempat bertaubat, tanpa sempat minta maaf dengan sedara mara dia sendiri yang dia tuduh kafir..adik beradik tah bertegur sampai mati, ayah dengan anak tak bertegur sampai mati, ayah tak mengaku anak kerana anak dia sokong umno...ini semua kerana fatwa hj Hadi dulu..sekarang Nik aziz buat fatwa baru pula nak panas semula fatwa hj hadi dulu...makna kebangsaan dengan asobiyah dak buleh beza betapa bebalnya orang PAS...kebangsaan tu bukan erti asobiyah , kebangsaan erti dalam nama umno tu ialak peringkat negara malaysia, contoh kita sebut Tilawah peringkat kebangsaan...Tilawah peringkat Antarabangsa...ha gitu maknanya...parti umno ni ditubuhkan diperingkat kebangsaan Malaysia...didaftarkan di Malaysia, bertanding di Malaysia...PAS tu Parti Islam Semalaysia..maknanya parti peringkat Kebangsaan , peringkat negara..cuma di sebut SeMalaysia...Asobiyah maknanya kalau nak tahu kena rujuk Hadith nabi jangan pakai hentam dengan fahaman sempit sedara2...

    ReplyDelete
  12. MAAP LA KALU AKU CAKAP KASAR SIKIT...NIE MAKHLUK ALLAH YANG MANA SATU LAK NIE BEBAL SANGAT...KO NAK PUTAR BELIT FAKTA PON JANGAN LA SAMPAI NAK MEMPERBODOHKAN ORANG...

    JANGAN INGAT ORANG NIE BODOH SANGAT SAMPAI TAK FAHAM BEZA ASOBIYAH NGAN PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN...JANGAN LA SAMPAI JADI BENGAP SANGAT KERANA NAK MEMBELA SESUATU YANG SANGAT JELAS SALAHNYA...

    KO NAK KATA APA PON TENTANG PAS ITU HAK KO..TETAPI BILA BERCAKAP SESUATU BERKAITAN AGAMA BAIK KO BERINGAT SIKIT..JANGAN SAMPAI SOK MATI ORANG TAK TAHU NAK TANAM KO KAT KUBUR MANA..NAK TANAM KUBUR OERANG ISLAM ATAU KUBUR ORANG BUKAN ISLAM..

    INGAT KERANA KATA-KATA,KITA BOLEH TERKELUAR DARI ISLAM..AKU HANYA MENGINGATKAN..AKU TAK UNTUNG APA-APA...BILA MANA TOK GURU NIK AZIZ MENGELUARKAN KENYATAAN UNDI UMNO TAK MASUK SYURGA..KO SEPATUTNYA MENGKAJI ATAU BERTANYAKAN KEPADA AHLI ULAMA PAS MENGAPA BERHUJAH SEDEMIKIAN...

    TOK GURU BUKAN BERKATA SESUKA HATI BELIAU..BELIAU MEMPUNYAI HUJAH YANG SANGAT KUAT....CUBA KO BACA LAPPORAN AKHBAR INI...INI ANTARA HUJAHNYA YANG ELOK KO RENUNG-RENUNGKAN...

    ReplyDelete
  13. Siapa ekstrem, antara ulama yang mahu memperbetulkan aqidah umat Islam atau orang yang mengaku Islam namun tidak sedar aqidah tergelincir?
    Iklan

    Aqidah yakni pegangan hidup seseorang muslim. Ia akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia.

    Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;

    "Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau.

    "Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik."

    Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri.

    Bekas pensyarah kanan pengajian Islam UKM, Dr Muhammad Muhd Daud berkata, sesiapa yang menolak ajaran yang terkandung dalam al Quran secara jelas telah tergelincir aqidahnya.

    "Misalnya tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara ia boleh merosakkkan aqidah seseorang.

    "Begitu juga pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan agama dan lebih parah lagi apabila pihak yang mahu melaksanakan Islam cuba dihalang melalui kuasa yang mereka miliki," katanya di sini.

    Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.

    Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.

    Dr Mohamad yang juga Adun Tendong berkata, dalam situasi sekarang semua orang tahu pihak mana yang berjuang mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam.

    Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga.

    Bekas pemimpin pelajar Melayu di Universiti Al Azhar Mesir, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, apabila sesebuah parti itu memisahkan politik dan iman sudah tentu ia tersasar jauh daripada landasan Islam.

    "Politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Ini kerana pada zaman Rasulullah saw masjid dijadikan pusat mentadbir, mengatur strategi perang dan mengurus zakat.

    "Latihan perang juga diadakan di halaman masjid di zaman baginda. Dan usaha memisahkan agama dan politik dimulakan agama Kristian.

    "Dalam agama Kristian orang kuat agama hanya dibenarkan berada di gereja dan pentadbiran negara diurus orang politik," katanya.

    Beliau yang juga Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, apabila perkara pokok dalam Islam diketepikan sudah tentu ia merosakkan aqidah seseorang.

    Dan katanya apabila aqidah rosak macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.

    Oleh itu katanya kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana-mana pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat sekali. _

    ReplyDelete