Monday, July 13, 2009

Peserta Asing Puji Malaysia Aman

Sebahagian daripada 200,000 orang jemaah Tabligh dari seluruh dunia
beredar meninggalkan tempat perkhemahan Ijtimak Dakwah Tabligh
di bandar Enstak, Nilai, Negeri Sembilan setelah perhimpunan berakhir semalam.
Mereka gembira berada di negara ini kerana dapat menunaikan ibadat aman tanpa sekatan.


Itulah dia orang yang bersyukur dan berfikiran terbuka, negara ini memang sebuah Negara Islam yang menjadi contoh di dunia ini tetapi pihak pembangkang tetap tidak mengakuinya dan di kutuknya negara sendiri. Orang apa ni, tanah tempat dia lahir, membesar dengan aman hasil perjuangan nenek moyang kita dulu dalam UMNO sehingga ke generasi hari ini. Wahai saudara-saudara ku sedarlah, jangan duk kutuk kerajaan sangat, mari bersama kita bangunkan bersama tanah air yang kita cintai ini.

5 comments:

  1. Blog tuan telah dipaut kedalam bog. Terima kasih blo saya ada dlam ingatan tuan.

    ReplyDelete
  2. Orang yang selalu mengutuk negara sendiri memang tak patriotik; macam mengutuk ibubapa sendiri yang melahir, membela dan bersusah-payah membesarkan kita hingga jadi manusia berguna.

    ReplyDelete
  3. yang di kutuk bukan negara tetapi pemerintahannye..(umno/bn)

    ReplyDelete
  4. otak pencacai mana ler reti beza.

    Orang dengan patung pun dia tak reti nak beza,mana plak nak beza yang hak dengan yang batil.

    Jenis pencacai cam ekeng dan ratuayu yang tak ayu tuh memang otak sama taraf ngan air longkang je.

    ReplyDelete
  5. Aman bukan ukuran selamat.

    Jangan ingat mentang-mentang jemaah tabliq boleh bebas beribadat,itu bermakna negara itu aman.

    Selagi jemaah tabliq tidak mengkritik kerajaan selagi itu jemaah tabliq tidak akan diganggu.

    Seleagi jemaah tabliq pejam mata dengan kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan,selagi itu mereka bebas beribadat.

    Apakah Nabi SAW hanya mengajak orang berbuat baik sahaja?ajak orang beribadat kepada ALlah sahaja?Semua kemungkaran yang berlaku disekeliling hanya dibiarkan tanpa sebarang teguran?

    Kalau itulah yang Nabi SAW perjuangkan,maka tidak ada sebab untuk Nabi SAW berhijrah ke madinah.

    kaum Quraisy tidak akan menganggu Nabi SAW untuk beribadat,untuk berbuat kebaikan,tetapi yang membuatkan kaum Quraisy marah adalah apabila Nabi SAW mengajak kaumnya meninggalkan amalan sesat yang mereka amalkan selama ini.

    Perbuatan menyembah berhala yang telah diamalkan turun temurun oleh mereka telah menghalang mereka dari menerima kebenaran yang telah dibawa oleh Nabi.

    Memang mengajak orang untuk berbuat baik adalah salah satu dari kerja Nabi SAW yang mulia dan aku tabik dengan jemaah Tabliq dalam hal ini,tetapi kenapa tidak mencegah kemungkaran?yang nih aku tak setuju dengan Tabliq.

    Seandainya tabliq mengambil pendekatan 'amal maaruf,nahi mungkar' maka sudah pasti ujian yang bakal dihadapi oleh jemaah itu akan lebih hebat.

    Hanya kerana ingin aman,maka separuh sahaja diambil dan separuh lagi ditinggalkan.

    Agak-agak kalau aqidah kurang 0.0000001% masih sah lagi ke tak iman kita,selamatkah Islam kita?

    ReplyDelete