Sunday, July 05, 2009

UMNO tolak Islam, fitnah besar pembangkang

Selama ini orang-orang pembangkang kepada kerajaan BN sembahyang di Masjid mana? Bukankah Masjid yang di bina oleh kerajaan BN, adakah sembahyang di tangkap oleh polis atau di marahi oleh kerajaan, cuba fikir elok-elok jangan jadi tak tahu berfikir.
Berbagai cara di buat oleh kerajaan untuk membangunkan Agama Islam tapi kalau dah dasar pembangkang itu, apa yang dibuat semuanya tak kena, dia aje yang kena, poorahhh.....

2 comments:

  1. asalamuaikum..

    cukupkah dikatakan menerima islam jika aturan dan jaran islam tidak diterima dengan sepenuhnya?..bolehkah hukum-hukum dalam agama islam boleh diambil separuh-separuh?..apakah hukum bagi orang-orang yang menolak hukum hudud?..

    umno memang orang islam yang mengucap 2 kalimah syahadah..tetapi adakah ianya mencukupi bagi mengatakan umno menerima ajaran islam dan salahkah pas bila mengatakan umno menolak islam kerana umnolah yang sangat bersungguh-sungguh menolak hukum hudud..

    hari umno semakin hari semakin menjauhi ajaran islam dalam kehidupannya...saya percaya saudara sendiri sedia maklum akan hal ini tetapi cuba menafikannya kerana kepentingan duniawi..

    ingatlah saudara,pembalsan hari akhirat bukannya cerita dongeng...segala amalan kita di dunia ini pasti di balas..jika saudara rasa sauara di pihak yang benar maka pertahankanlah dan moga-moga saudara diberkati allah..akan tetapi jika jika saudara rasa saudara di pihak yang salah segeralah kembali ke pangkal jalan selagi nyawa dikandung badan....

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam tuan...

    Terima kasih di atas pendapat tuan, tiada orang yang tidak terima hudud kerana itu adalah hukum ALLAH, selagi kita beragama Islam hukum ALLAH tetap sama, Al-Quran dan hadis tetap sama, tinggal lagi sejauh mana kemampuan kita dapat melaksanakannya perlu di ukur oleh masyarakat kita.

    Kenapa Kelantan di perintah oleh PAS tidak melaksanakan hukum hudud? Kenapa Terengganu dulu tahun 1999 -2004 di perintah oleh PAS tidak melaksanakannya. Berbagai alasan diberikan dan dikaitkan dengan kerajaan Pusat. Kita dah memerintah peduli apa dengan pusat, jalankanlah hukum hudud.

    Saya pun dulunya penyokong kuat dan setia PAS, saya berlajar di 3 buah sekolah pondok PAS tetapi setelah saya mengkaji dan sembahyang Istikarah serta Tahjud berulangkali memohon diberi pertunjuk oleh ALLAH maka terbuka lah minda untuk menghalusi apa yang saya berlajar selama ini berlandaskan terjemahan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis sahih oleh guru-guru pondok saya, antaranya " Ucapan-ucapan Rasulullah S.A.W. itu sedikit jumlah hurufnya tetapi tidak terhingga banyak maknanya. Baginda kerap menyelesaikan setiap pekerjaan dengan sempurna. Baginda berucap secara luas di kesempatan yang luas dan berbicara singkat serta padat di kesempatan yang sempit. Menghindari kekerasan dan membenci hasutan. Baginda tidak berbicara kecuali menampilkan kebijaksanaan. Memelihara ucapan yang dikemukakannya, jelas maknanya dan mudah difahami. Ucapan baginda merupakan perpaduan antara kemanisan budi dan kesederhanaan tutur kata. Tidak mencari-cari permusuhan dan tidak sulit disampaikan kepada orang lain. Ucapan baginda tidak memberi kesan memusuhi seseorang. Tidak berdebat kecuali dengan kebenaran. Perbicaraannya tidak tergesa-gesa emosi atau tersekat-sekat. " Riwayat Abu Ämr Al-Jahizh.

    ReplyDelete